BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 15 Ogos 2009

PEKASAM BAGAN SERAI


Daerah Kerian merupakan kawasan yang menjalankan kegiatan ekonomi pertanian seperti aktiviti menanam padi.Kebanyakan penduduk di sini menanam padi,mengait kelapa sawit, berniaga, bekerja sendiri, bekerja swasta atau kerajaan. Bagi penduduk yang bekerja sendiri, mereka perlu bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menyekolahkan anak yang masih kecil. Oleh kerana terdapatnya kegiatan menanam padi, maka di daerah ini terdapat hasil ikan yang segar.Ikan yang sangat popular di sini ialah ikan sepat, ikan puyu dan ikan haruan. Ikan sepat dan ikan puyu sangat terhad akibat hampir kepupusan. Kegiatan sawah padi yang menggunakan racun juga menjadi faktor kepupusan ikan tersebut. Sedih bukan??? Penduduk baru ingin menikmati kesenangan ketika musim ikan malangnya....ikan semakin pupus.....

0 ulasan: